Kehidupan seorang wartawan sukan bersama jurukamera sangat sibuk memandangkan sedang bertugas menyediakan laporan dalam temasya yang sedang berlangsung.
Jadual yang tidak menentu sememangnya menjadi cabaran utama, namun masa makan juga penting sebagai tenaga untuk kekal aktif seharian.
Advertisement
Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, bersama gandingannya, Hurzaid Rosli, ketika berlintas langsung dari Chonburi, Thailand sempat membawa penonton menikmati hidangan tomyam dan nasi goreng pada waktu pagi!
Tomyam atau sup masam pedas campuran aneka daging atau sayur-sayuran merupakan tumpuan khusus makanan di Thailand, dan kru Astro Arena tidak melepaskan peluang untuk merasainya sebelum menunaikan tanggungjawab bergegas ke lokasi sukan.
"Inilah dia makanan yang sedikit sebanyak melepaskan rindu saya kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia," katanya.
Teruskan bersama Stadium Astro untuk perkembangan semasa Sukan SEA Thailand!