Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Pearly-Thinaah tepati ramalan ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Pearly-Thinaah ke final

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke final Sukan SEA Thailand menerusi kemenangan yang diraih sebentar tadi.

Bertemu Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum dari Indonesia, Pearly-Thinaah mempamerkan permulaan yang cukup cemerlang apabila merekodkan kemenangan 21-14.

Advertisement

Bagaimanapun, finalis Kejohanan Dunia itu menerima tentangan dalam set kedua apabila diheret ke set penentuan susulan Rachel-Febi menang set kedua 21-19.

Bertembungan sengit antara kedua-dua regu ini bersambung dalam set penentuan, saling mengutip mata demi mata sebelum Pearly-Thinaah memastikan pengalaman mereka menjadi pemisah apabila melakar kemenangan 21-16 untuk melangkah ke final. 

Must Watch Video