Kecederaan keretakan kaki kiri yang dialami atlet gimnastik berirama kebangsaan, Mavia Wong, tidak menjadi penghalang untuk mencabar kedudukan pingat di temasya Sukan SEA Thailand nanti meskipun ianya merupakan debut pertamanya.
Mavia berhasrat mengutip mata tertinggi menerusi kategori gelung yang disifatkan sebagai medan kekuatannya.
Advertisement
Meskipun berkongsi perasaan teruja dan berdebar dalam penampilan pertamanya itu, dia tetap berjiwa besar untuk menyumbang pingat emas buat negara.
Walaupun atlet berusia 26 tahun itu turun sebagai peserta 'underdog', Mavia berazam mempraktikkan teknik daripada seniornya, Ng Joe Ee yang berada dalam momentum terbaik menyambar emas.
"Saya baru pulang daripada kecederaan kaki kiri dan saya sedang cuba berada di tahap paling tinggi yang mempunyai risiko dalam prestasi saya.
"Saya harap dapat meraih (pingat), tetapi saya juga mahu belajar banyak perkara mengenai Sukan SEA daripada Joe Ee. Persediaan baik kerana berlatih dua kali ganda setiap hari." katanya.
