Skuad bola sepak wanita berdepan cabaran getir apabila belum mengutip sebarang mata dalam Sukan SEA Thailand selepas mencatatkan dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan B.
Terdahulu, Malayan Tigress tumpas 0-7 kepada Vietnam dalam aksi pertama.
Advertisement
Dan, kemelut tersebut berterusan tatkala skuad kendalian Joel Cornelli dihimpit kekalahan kedua, sekali gus menyaksikan peluang pasukan negara semakin tertutup.
Di sebalik tewas 0-3 kepada Myanmar, skuad negara juga berdepan psikologi daripada ribuan peminat pihak lawan, selain menghadapi aksi pergaduhan beberapa kali antara pemain kedua-dua pasukan.
Fuhhh dah macam ‘Shaolin Soccer’ Malayan Tigress kena namun tetap kekalkan semangat kesukanan.
Terjahan keras, siku & tolakan dari pemain Myanmar jadi punca skuad wanita negara ‘takut’ untuk beraksi seperti kebiasaan.
Comeback stronger 2nd half girlss 🇲🇾
@ASTROARENA pic.twitter.com/cBdjlprVhz— karlnunis (@_karlnunis) December 8, 2025
Malang berganda buat Malaysia apabila Nur Adrienna Zamzaihir dilayangkan kad merah susulan menjadi mangsa provokasi meskipun cuba menafikan kesalahan tersebut tetapi pemain Myanmar bertindak berlebihan.
Terjahan keras sering menjadi tumpuan permainan berlangsung.
Selepas ini, mereka akan bertemu Filipina untuk aksi terakhir.
Secara tidak rasminya Malaysia sudah tersingkir daripada kejohanan dwitahunan itu.