Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Malaysia pertimbang anjur 43 sukan

Sukan SEA Thailand

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia, Abdul Rashid Yaakub, melihat pertambahan maksimum lima sukan daripada beberapa rayuan persatuan sukan negara, selain mengambil kira cadangan relevan 10 negara Sukan SEA.

Merujuk kepada penganjuran Sukan SEA 2017 yang menyenaraikan 38 sukan di Kuala Lumpur, pertambahan lima sukan bagi penganjuran 2027 adalah perkara yang sepatutnya berlaku dan perlu menjadi pertimbangan utama Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Advertisement

"Kali ini ada peningkatan dari Malaysia, 43 sukan.

Namun, dengan pembahagian sukan melibatkan empat buah negeri, Rashid mengakui dia terpaksa menempuhi kesulitan daripada segi penyelarasan.

"Cabarannya ialah melaksanakan pelarasan.

 


"Kami telah banyak mengadakan perbincangan dengan negeri-negeri berkenaan.

"Cabaran terbesar adalah koordinasi -- sangat penting.

"Keputusan dan maklumat yang cepat dan tepat daripada semua negeri (penganjur) supaya kita dapat sekata untuk penganjuran terbaik," katanya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video