Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kesilapan percaturan jadi tauladan atlet angkat berat negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

angkat berat

Badang negara kategori 88 kilogram, Hafizuddin Roslin, tersilap percaturan dan akur terlepas kedudukan podium Sukan SEA Thailand dalam penampilan pertama.

Sukan angkat berat cukup terkenal dengan proses 'tawar menawar' jumlah angkatan terbaik.

Advertisement

Pada ketika Hafizuddin mengangkat bebanan 160 kilogram snatch, potensi kalungan pingat makin cerah.

Namun, atlet tuan rumah, Worrapot Nasuriwong, menafikan hasrat kem negara menerusi angkatan 190 kilogram clean and jerk untuk menyingkirkan Hafizuddin daripada kedudukan podium.

"Ia menjadi peringatan kepada saya agar berusaha lebih gigih lagi.

"Kalau berjumpa lawan yang tidak dikenali, saya tiada masalah untuk melawan.

"Apabila pihak lawan tidak mengetahui keupayaan saya, ia juga boleh menjadi strategi," katanya.

Penyandang pingat emas Sukan SEA Kemboja, Nguyen Quoc Toan, meraih pingat perak tatkala emas menjadi milik Rahmat Erwin Abdullah.
 

Must Watch Video