Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kena hadam dulu kekalahan perit ini, kata pengarah kejurulatihan perseorangan BAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

"Kekalahan yang amat perit."

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen, tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas skuad berpasukan lelaki negara terkulai ditundukkan Indonesia 0-3 dalam aksi final Sukan SEA Thailand di Universiti Thammasat, hari ini.

Advertisement

Kesemua wakil negara termasuk dua pemain perseorangan kecundang kepada lawan masing-masing secara straight set, secara tidak langsung kempunan untuk mengakhiri penantian dua dekad menggondol pingat emas di pentas dwitahunan itu.

"Perjuangan masih awal tapi sudah tentu saya perlu hadam kekalahan hari ini.

"Ia begitu memeritkan.

"Kami tidak mampu mengubah kejadian ini.

 

 

 

 

"Kami tidak boleh membiarkan apa yang berlaku apabila acara individu bermula esok.

Perseorangan kedua negara, Justin Hoh, yang ditumpaskan Moh. Zaki Abdullah 12-21, 14-21 akur dengan kekalahan kali ini.

"Pihak lawan bermain sangat bagus, saya akui tertekan memandangkan kami ketinggalan 0-2," katanya.

 

Must Watch Video