Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kem badminton realistik genggam empat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton BAM

Kem badminton menjanjikan empat pingat emas untuk Sukan SEA Thailand yang membuka tirai Selasa depan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, mendedahkan sasaran skuad badminton negara itu dalam Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Advertisement

Ia juga selaras dengan keputusan BAM sendiri yang menyenaraikan skuad terkuat mereka dalam edisi kali ini.

"Sasaran kita ialah tujuh pingat -- empat emas.

"Berdasarkan ranking dalam tempoh setahun ini, beregu campuran, beregu lelaki, beregu wanita dan acara berpasukan diharapkan memenuhi jangkaan ini," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky, merasakan empat emas itu adalah sasaran realistik.

 

 

 

Dengan adanya dua juara dunia iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran), menjadikan hasrat yang mampu ditunaikan.

"Kita perlu realistik. Aaron-wooi Yik di ranking kedua dan Tee Kai Wun-Man Wei Chong di ranking kelima dunia.

"Rekod pertemuan menyaksikan mereka mampu mengalahkan wakil Indonesia sambil mengharapkan salah seorang pemain perseorangan seperti (Leong) Jun Hao dapat menewaskan lawannya pula," katanya. 
 

Must Watch Video