Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Thailand: Kejayaan acara berpasukan tawarkan kejayaan lebih manis, kata kapten sepak takraw

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sepak takraw

Ketua pasukan skuad sepak takraw negara, Farhan Adam, mengesahkan dia sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tumit (achilles tendon) yang dialaminya bulan lalu.

Tanpa berselindung, feeder berpengalaman itu mengakui dia memerlukan masa untuk kembali dapatkan rentak permainan terutama selepas berehat selama sebulan  yang turut menyaksikan dia terlepas kempen Piala Tun Ali 2025 baru-baru ini.

Advertisement

'Emon' percaya dengan persiapan rapi yang dijalani di bawah bimbingan Ahmad Jais Baharun itu, tidak mustahil pasukan kebangsan mencipta kejutan dalam acara berpasukan selain merealisasikan misi memburu emas dalam acara regu dan juga kuadran Sukan SEA Thailand yang membuka tirai 9 Disember depan.  

"Saya sudah dapat lampu hijau daripada doktor.

"Saya sudah mula berlatih dan perlu kembalikan prestasi.

"Pada mulanya risau tapi apabila doktor mengesahkan kecederaan akan mengambil masa selama sebulan untuk pulih, ia cukup untuk persiapan saya untuk menghadapi Sukan SEA.

"Saya yakin 100 peratus bahawa kami akan berikan kejutan dan rata-rata menganggap acara berpasukan akan berikan kejayaan lebih manis dan bermakna.

"Tambahan pula Thailand sendiri akan bermain sebagai tuan rumah -- mereka pasukan kuat -- jadi mahu buat kejutan," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Must Watch Video