Skip to main content

Advertisement

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kedudukan Pingat Hari Kelapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irfan shams

Kontinjen negara menambah empat lagi pingat emas dalam saingan hari kelapan Sukan SEA Thailand hari ini.

Ekuin muda negara, Megan Min, mencipta kejutan apabila meraih pingat emas acara dressage individu dengan mengatasi dua wakil tuan rumah.

Advertisement

Kem menembak juga menambah sumbangan emas, kali ini menerusi Ong Chee Keng dalam acara trap individu lelaki sebelum gandingan Rafiq Ismail dan Syazirol Shamsudin membutirkan emas boling tenpin doubles lelaki.

Tumpuan sudah pasti terarah kepada jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin, yang cemerlang meraih emas ketujuh berturut-turut dalam Sukan SEA sejak 2013, di mana kali ini dia turut memecahkan rekod temasya dengan lemparan sejauh 60.23m.

Dengan pertambahan itu, kontinjen negara kini kekal di tangga kelima kedudukan pingat keseluruhan dengan 30 emas, 31 perak dan 86 gangsa.

Kedudukan pingat setakat jam 10.25 malam ini.

Must Watch Video