Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kedudukan Pingat Hari Keenam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw emas

Malaysia menambah empat kilauan pingat emas dalam Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.

Sandaran emas acara badminton, Pearly Tan-M. Thinaah, memenuhi harapan itu apabila menungguli saingan beregu wanita.

Advertisement

Selain itu, Nur Syafiqah Hamzah turut cemerlang membutirkan emas dalam silat seni menerusi acara tunggal puteri.

Jaguh menembak negara, Johnathan Wong, juga mengekalkan reputasinya di peringkat Asia Tenggara dalam acara  10m air pistol lelaki.

Paling mencuri tumpuan ialah kejayaan skuad sepak takraw negara menamatkan kemarau 32 tahun pingat emas acara regu berpasukan lelaki dengan menewaskan tuan rumah, Thailand, 2-1 dalam aksi final.

Malaysia kini menduduki tangga kelima keseluruhan dengan 20 pingat emas, 23 perak dan 67 gangsa.

Kedudukan penuh:

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video