Kejutan dalam sukan badminton di pentas Sukan SEA Thailand apabila juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tersingkir di peringkat separuh akhir beregu campuran di Gimnasium Thammasat University Rangsit, hari ini.
Beregu ketiga dunia itu ditundukkan pasangan tuan rumah yang juga beregu ke-13 dunia, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, 21-15, 21-16.
Advertisement
Kekalahan berkenaan menjadi kemenangan pertama pasangan Thailand itu ke atas Tang Jie-Ee Wei daripada empat pertemuan setakat ini.