Sukan SEA Thailand 2025 merupakan fasa rasmi dominasi sukan hoki Malaysia di Asia Tenggara semakin rapuh.
Daripada enam pingat emas yang dipertandingkan, kem negara membawa pulang tiga emas menerusi skuad hoki 5s lelaki serta skuad hoki padang lelaki dan wanita.
Advertisement
Baki tiga emas menyaksikan dua daripadanya disambar Thailand menerusi hoki 5s wanita serta hoki dalam dewan wanita.
Skuad hoki dalam dewan lelaki Indonesia pula sekali lagi mencipta sensasi menidakkan skuad negara buat kali kedua berturut-turut dalam temasya dwitahunan ini.
Realitinya, Indonesia dan Thailand telah melabur perbelanjaan yang besar demi pulangan dalam sukan yang baru terokai.
Dua negara tersebut aktif menggambil tenaga pakar dari Malaysia seperti Dhaarma Raj Abdullah, Iman Gobinathan, Tai Beng Hai, Megat Azrafiq Megat Termizi.
Dengan penurunan prestasi hoki secara umumnya dalam Sukan SEA 2025, apakah sudah tiba masanya, hoki memiliki pusat latihan rasmi seperti gergasi Eropah mahupun Asia, Korea Selatan?
"Pusat Latihan Kebangsaan Jincheon di Korea Selatan misalnya mempunyai kemudahan yang lengkap.
"Ia benda yang positif dan memberi masa depan yang cerah.
"Seramai 100 pemain terdiri daripada pasukan pelapis dan senior boleh dikumpulkan sekali," kata pemain negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook, yang membantu skuad hoki 5s meraih emas Sukan SEA 2025.