Ratu karate negara C. Shahmalarani melakar emas hatrik di pentas Sukan SEA Thailand apabila mengungguli acara kumite bawah 50 kilogram di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana.
Lebih manis, kejayaan itu hadir tepat pada ulang tahun kelahirannya yang ke-26, menjadikan detik itu antara yang paling bermakna dalam kariernya.
Advertisement
Shahmalarani mara ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan beberapa pencabar utama termasuk atlet pilihan dari Vietnam di separuh akhir.
Bertemu Florence Nay Chi Htun dari Myanmar di pentas final, naib juara kejohanan dunia itu menampilkan persembahan bertenaga untuk mengatasi lawan 4-0.
Ia sekali gus memastikan emas ketiganya di temasya dwitahunan itu selepas turut cemerlang pada temasya Kemboja 2023 dan Hanoi 2021.
Shahmalarani yang juga guru matematik dan penulis buku kemudian dirai oleh kontinjen negara yang turut hadir memberi sokongan di gelanggang karate.
"Cukup istimewa. Ini adalah usaha menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia. Sebagai penyumbang pingat emas untuk Malaysia, ia merupakan satu usaha yang membanggakan dari saya.
"Tekanan cukup tinggi, saya mahu melakukan yang terbaik dan berharap untuk meraih pingat emas serta meneruskan legasi skuad karate yang sentiasa menghadirkan pingat emas buat Malaysia."
Sesi penyerahan pingat EMAS kepada Thevendran Kalian Sundram! 🥇
Saksikan siaran langsung Sukan SEA 2025, di Astro Arena, saluran 801 & 802!#KitasemuaTeamMAS • #ChampionsRising • #SEAGamesThailand2025 • #33rdSEAGames pic.twitter.com/gQmrqlaxA0— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) December 12, 2025
Thevendran Kaliana Sudram menghadiahkan emas pertama skuad karate negara selepas menumpaskan lawan dari Vietnam, Chu Van Duc 4-0 dalam acara kumite bawah 55 kilogram lelaki.
Membuat penampilan debut dalam Sukan SEA, ternyata kejayaan merangkul pingat emas cukup bermakna buat dirinya.