Felicity Wong mengesahkan gangsa buat negara di Sukan SEA Thailand selepas menewaskan Singapura di suku akhir dalam acara wushu sanda bawah 56 kilogram.
Felicity yang pertama kali bersaing di Sukan SEA, berharap pengorbanan masa yang telah dilakukan dalam mengimbangi latihan dan pelajaran tidak hanya kekal di separuh akhir sahaja, walaupun tiada pihak yang letak harapan tinggi kepadanya, namun pemenang pingat perak Sukma Sarawak 2024 itu tekad untuk membuktikan sesuatu.
Advertisement
"Saya sangat gembira apabila berjaya memastikan pingat gangsa untuk kontinjen negara namun saya akan tetap berusaha bagi memastikan layak ke final sekaligus memberikan peluang meraih pingat emas atau perak," katanya.
