Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Bukan mudah ketepikan rakan senegara -- Sanjay

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skuasy

Seiring dengan kelebihan selaku pilihan utama, Sanjay Jeeva, cemerlang untuk menggondol pingat emas perseorangan lelaki Sukan SEA Thailand setelah menewaskan Duncan Lee 3-1 dalam tempoh 52 minit.

Sanjay tidak menolak kemenangan di Bangkok itu, hari ini, sekurang-kurangnya mengubat kehampaan tewas kepada seteru serupa dalam Kejohanan Kebangsaan di Pulau Pinang, tiga bulan lalu.

Advertisement

Biarpun tewas dalam set pertama, Sanjay mengakui sempat dibayangi rasa gementar, namun keadaan pulih sebaik dia mula mendominasi permainan dalam set kedua dan seterusnya.

"Kami merupakan rakan baik dan berkongsi penginapan sejak dua minggu lalu.

"Kami sering menjalani rutin bersama dan mengenali (corak permainan) masing-masing.

"Saya agak terburu-buru pada awal permainan kerana berasa agak gugup.

"Andai kalah sekalipun, saya tidak mahu memberi laluan mudah kepadanya.

"Saya akhirnya dapat bertahan dalam permainan rali," katanya. 
 

Must Watch Video