Skip to main content

Tenis

Sukan SEA Thailand: Atlet tuan rumah halangan utama tenis lelaki bawa pulang emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenis

Pemain tenis profesional negara, Mitsuki Leong, menyasarkan pingat emas dalam penampilan kedua tenis kategori perseorangan lelaki Sukan SEA Thailand yang membuka tirai Selasa depan.

Jelasnya, banyak aspek yang sudah pun diperbaiki dalam Sukan SEA yang lalu bagi menghadapi temasya kali ini.

Advertisement

Menurutnya, ancaman utama bakal hadir daripada dua perseorangan utama Thailand, Kasidit Samrej dan Maximus Jones, namun sudah bersedia dengan senjata ampuh menerusi tunjuk ajar jurulatihnya, Mulyadi Jamal dan Adam Jaya.

"Kami sentiasa meletakkan sasaran tinggi, memenangi emas, dalam setiap penyertaan.

"Kami patut mencipta keputusan yang lebih baik selepas mengharungi ranjau dalam edisi terdahulu.

"Apa pun, kami perlu mengatasi pilihan utama, Thailand," kata pemenang dua gangsa Sukan SEA Kemboja.

Dalam edisi lalu itu, Mitsuki meraih gangsa menerusi kategori beregu lelaki bersama Koay Hao Seng dan berpasukan lelaki.
 

Must Watch Video