Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Anak buah Nafuzi Zain bawa misi wajib menang lawan Laos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Skuad B-23

Pertahanan skuad B-23 negara, Muhammad Alif Ahmad, memasang impian untuk menghadiahkan ibu segala pingat buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Sedar ia bukan tugas mudah, pemain berusia 22 tahun itu bertekad untuk memberi segala yang termampu tatkala mengharapkan keputusan positif dalam penampilan sulungnya dalam temasya dwitahunan itu yang membuka tirai Selasa depan.

Advertisement

Alif mengakui skuad asuhan Nafuzi Zain itu berdepan misi wajib menang ketika menentang Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan B di  di Stadium Rajamangala pada Sabtu ini sebelum bertemu Vietnam, Khamis depan.

Dalam edisi di Kemboja pada 2023, skuad negara gagal mara ke separuh akhir selepas menamatkan cabaran Kumpulan B di kedudukan ketiga.

"Laos bukan lawan mudah.

 

 


"Berdasarkan perlawanan mereka dan Vietnam semalam, kami mampu bersaing," katanya.

"Kami sudah bersedia daripada segi taktikal.

"Saya sasarkan untuk muncul juara tapi kami perlu menang secara berperingkat, bermula di peringkat kumpulan.

"Saya yakin kami miliki kelebihan dengan (barisan) pemain yang ada," kata pertahanan itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

 

 

Must Watch Video