Skip to main content

Skuasy

LA2028: Tunku Zain sasar emas Olimpik pertama, Sivasangari, Eain Yow jadi sandaran

LA2028: Tunku Zain sasar emas Olimpik pertama, Sivasangari, Eain Yow jadi sandaran
Advertisement

Presiden baharu Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Tunku Zain Al-Abidin, melihat tempoh dua tahun menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028 sebagai fasa kritikal dalam usaha memburu pingat emas Olimpik pertama negara menerusi sukan skuasy.

Keyakinan itu hadir selepas dua pemain utama negara, S. Sivasangari dan Ng Eain Yow, melayakkan diri ke temasya berkenaan, sekali gus membuka peluang untuk Malaysia memburu kejayaan bersejarah di pentas Olimpik.

Advertisement

Tunku Zain berkata tumpuan utama SRAM ketika ini adalah memastikan kedua-dua pemain menerima sokongan penuh bagi menghadapi cabaran di Los Angeles.

“Ini merupakan tempoh dua tahun yang kritikal dan memiliki pemain yang bakal beraksi di Sukan Olimpik. Fokus kini adalah untuk Sivasangari dan Eain Yow dengan memberikan sokongan penuh bagi memastikan pingat emas Sukan Olimpik yang pertama,” katanya.

Advertisement

Sebagai antara wajah utama skuasy Malaysia, Sivasangari dan Eain Yow bukan sahaja memikul harapan untuk mencapai keputusan terbaik, malah berpotensi menjadi inspirasi kepada generasi pemain seterusnya.

Dalam masa sama, SRAM turut memberi perhatian kepada usaha memperluas kelompok pemain berkualiti dengan memastikan lebih banyak peluang diberikan kepada atlet untuk berkembang dan bersaing pada peringkat tertinggi.

Tunku Zain mahu pencapaian Sivasangari dan Eain Yow dijadikan penanda aras kepada pemain lain, sekali gus mendorong peningkatan prestasi secara menyeluruh dalam skuasy negara.

Dia turut menyuarakan hasrat untuk memastikan SRAM menghargai pencapaian atlet menerusi pemberian insentif yang sewajarnya.

Dengan sasaran Olimpik semakin hampir, cabaran SRAM bukan sahaja memastikan dua pemain terbaik negara berada pada tahap persiapan optimum, tetapi juga membina ekosistem yang mampu menyokong kesinambungan kecemerlangan skuasy Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video