Dua beregu lelaki negara menempuhi nasib berbeza dalam misi menuju ke final badminton Sukan SEA Thailand hari ini.
Beregu berpengalaman negara, Aaron-Chia, mara ke pentas akhir selepas menewaskan lawan dari Indonesia, Rolly Carnando-Bagas Maulana, dalam aksi straight set 21-10,21-12.
Advertisement
Mereka yang turun selaku pilihan pertama kejohanan mengikut jejak langkah beregu Wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, ke pentas final esok.
#SEAGames2025 | Individual Events
MD | SF#INAš®š© Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 3ļøā£ def. #MASš²š¾ Man Wei Chong-Tee Kai Wun 2ļøā£ 21-16 21-17
ā±ļø 43m
*Second bronze medal for Malaysia today after a tough encounter against the Indonesian pair š„#GemilangkanLagi⦠pic.twitter.com/tcXnkNJsFgā BAM (@BA_Malaysia) December 13, 2025
Sementara itu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, terpaksa akur tewas 16-21,17-21, kepada Sabar Karyaman Gutama-Reza Pahlevi, meskipun memberikan cabaran sengit dalam tempoh 44 minit.