Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke separuh akhir

Sukan SEA Thailand

Badminton saingan suku akhir Sukan SEA Thailand menyaksikan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengenepikan gandingan tuan rumah, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren, dalam aksi straight set, sebentar tadi.

Walaupun ketinggalan pada awalnya, wakil negara kemudiannya bangkit untuk merampas penguasaan sebelum memastikan kemenangan 21-16 dalam set pertama.

Advertisement

Gandingan tuan rumah ini menjelmakan kebangkitan dalam set kedua serta menghadirkan sedikit cabaran bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Namun, pantas dinafikan Aaron-Wooi Yik untuk kedua-keduanya memastikan pertarungan 46 minit ini memihak mereka menerusi kemenangan 21-16.

 

Must Watch Video