Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: 10.00 saat! Puripol Boonson raih emas acara 100m pecut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: 9.99 saat! Puripol Boonson raih emas acara 100m pecut

Puripol Boonson mempamerkan kelas tersendiri apabila melakukan catatan 10.00s (saat) untuk memenangi pingat emas saingan Sukan SEA sebentar tadi.

Dalam perlumbaan saringan, di Stadium Nasional Supachalasai Boonson memahat sejarah baharu Asia Tenggara dengan larian luar biasa 9.94s.

Advertisement

Catatan itu bukan saja melebur rekod peribadi, malah menjadikan Puripol manusia pertama Asia Tenggara berjaya berlari dengan catatan 10 saat.

Rekod terdahulu adalah milik pelari legenda Indonesia, Suryo Agung Wibowo, iaitu 10.17s yang dilakukan di Sukan SEA Laos 2009.

Dalam aksi final, Boonson melepasi garisan penamat dengan catatan masa 10.00s untuk meraih pingat emas.

Bintang Indonesia, Lalu Muhammad Zohri, meraih pingat perak manakala gangsa menjadi milik wakil negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee.

Must Watch Video