Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic, berkata pasukannya tidak dapat melakukan persiapan sempurna menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Cheras malam esok.
Ini kerana The City Boys tidak memiliki padang latihan sendiri dan persiapan mereka terganggu oleh cuaca tidak menentu di ibu negara ketika ini.
Advertisement
“Kami berlatih sepanjang minggu dan kami menjalani sesi latihan minggu lepas dan minggu ini dan ini adalah satu-satunya hari yang terganggu kerana hujan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
“Kami tidak boleh mengubah masa kerana itu sudah lewat. Kami sudah hampir dengan perlawanan dan kami tidak boleh menukar sesi latihan ke sebelah pagi kerana sudah tentu kami kena menyesuaikan diri dengan satu-satu masa.
“Kami tidak boleh mengubahnya sekarang dan kami perlu semua (data) bio-ritma daripada pemain, kami perlu buat perubahan jika kami mengubah masa latihan."
Tanpa venue latihan sendiri, KL City tiada pilihan andai keadaan cuaca tidak menentu di Lembah Kelang. Berbaki 2 hari sebelum saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia bertemu JDT, KL City belum miliki sesi latihan sempurna ekoran cuaca tidak mengizinkan pic.twitter.com/7gMyUkzc7t
— FinaNasrom (@fnasrom) April 1, 2026