Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Hos Astro Arena sebak lihat perjuangan adik galas cabaran negara di bumi Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaki

Hos Astro Arena, Zaki Zainal, berasa teruja melihat perjuangan adik kandung yang menggalas cabaran negara dalam acara hoki padang di temasya Sukan SEA Thailand 2025.

Adiknya, Nur Hazlinda Zainal, sebelum ini bertindak sebagai penjaga gol hoki dalam dewan skuad negara -raih perak dalam edisi lalu di Kemboja- sebelum diberikan tanggungjawab dalam saingan hoki padang untuk edisi kali ini.

Advertisement

"Pengalaman menarik kerana ketika itu saya masih berusia 20 tahun. Untuk abang saya, terima kasih kerana menyokong saya, hantar saya ke Latihan dan permudahkan urusan saya.

"Tanpa doa abang dan keluarga saya tidak akan berada di sini." kongsi pemain hoki negara, Nur Hazlinda.

 

 

 

 
 

Must Watch Video