Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Dekat Malaysia tak boleh dik, di Thailand je ada macam ni -- Wartawan Astro Arena

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zul

Penganjuran sukan karate dalam Sukan SEA Thailand 2025 menyaksikan situasi diluar jangkaan berlaku selepas lokasi asal di Songkhla terpaksa ditukar pada saat akhir susulan banjir yang melanda kawasan tersebut, sekali gus memaksa penganjur memindahkan acara ke Kompleks Kerajaan Ratthaprasasanphakdi di daerah Bangkok.

Menerusi laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memaklumkan meskipun diadakan di luar lokasi sukan konvensional, penganjuran karate di kompleks kerajaan itu tetap berjalan dengan persiapan rapi oleh tuan rumah.

Advertisement

Kompleks berkenaan dilengkapi lima kawasan tempat duduk serta dua tatami yang disifatkan cukup kemas dan teratur, walaupun perubahan lokasi dibuat dalam tempoh yang singkat.

Situasi itu memperlihatkan kesungguhan penganjur memastikan kelancaran pertandingan walaupun berdepan kekangan logistik.

Namun, suasana pertandingan dianggap agak mencabar buat atlet apabila aksi mereka berlangsung dalam persekitaran tidak biasa, dikelilingi oleh petugas kompleks kerajaan yang menjalankan tugasan harian.

Keadaan itu memberi dimensi berbeza kepada kejohanan, sekaligus menguji fokus serta mental atlet yang perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran luar kebiasaan di pentas Sukan SEA.

Must Watch Video