Skip to main content

Pickleball

Sukan pickleball ada potensi dipertandingkan di Sukan Olimpik

qsa

Dengan perkembangan dan sambutan hangat sukan pickleball di seluruh dunia, tidak mustahil bahawa satu hari nanti sukan itu bakal dimasukkan sebagai salah satu acara di temasya sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik.

Perkara itu turut diakui oleh Legenda tenis dunia dan pemenang pingat emas Olimpik 1996, Andre Agassi ketika memberikan pandanganya dalam sidang media Jelajah Joola Titans 2026 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Advertisement

Menurut bekas juara lapan kali Grand Slam berusia 55 tahun itu, adalah besar impian tersebut mampu direalisasikan memandangkan ia kini sudak diminati oleh sebahagian besar warga sukan yang aktif di seluruh dunia.

"Menjadi sebahagian daripada Olimpik akan menjadi sesuatu yang luar biasa. Saya benar-benar berharap untuk melihatnya. Kita sudah mula lihat perkembangan ini dan ramai yang kini lebih memahami kedudukan serta evolusi sukan ini," Jelasnya kepada media.

Pickleball katanya bukan sahaja sebagai sebuah acara sukan yang dimainkan secara profesional ketika ini malah perkembanganya juga agak luar biasa.

Ia sekaligus membuktika bahawa sukan tersebut mempunyai potensi yang besar untuk menjadi antara sukan utama satu hari nanti dan tersenarai sebagai salah satu acara yang mampu dimasukkan dalam kalendar sukan Olimpik

Topik Berkaitan

Must Watch Video