Skip to main content

Para ASEAN

Sukan Para ASEAN: Presiden APSF perjelas isu klasifikasi sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

WA

Susulan isu klasifikasi yang semakin hangat diperkatakan kerana merencatkan pungutan pingat keseluruhan kontinjen negara. Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF), Osoth Bhavilai, menegaskan keputusan itu telah dicapai sebulat suara setelah berbincang dengan semua pihak.

Jelasnya, ia mengambil kira persetujuan daripada sudut teknikal dan atlet bersetuju untuk disatukan dalam satu acara meskipun kategori berbeza digabungkan.

Advertisement

"Kenapa keputusan kami untuk menggabungkan kategori adalah selepas mesyuarat bahawa tidak cukup jumlah (penyertaan) selain mengikut saranan daripada Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) untuk menggabungkan kategori.

"Tujuannya bagi mempromosikan serta pembanggunan atlet selain terus berdaya saing." katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu pilih kasih kerana pembahagian tersebut dinilai dari pelbagai sudut serta mengambil kira tahap kecacatan seorang atlit itu.

Isu klasifikasi turut mendapat maklum balas daripada beberapa jurulatih yang berpendapat ianya jelas menjadi duri dalam daging kepada atlet negara dalam meraih pencapaian lebih gemilang.
 

"Contohnya dalam cara 'handcycle' dan 'tricycle' ini negara tiada wakil jadi kelebihan buat Thailand kerana mereka ada ramai atlet.

"Jadi acara istimewa buat mereka meraih pingat emas, banyak negara seperti Malaysia, Filipina, Singapura yang tiada wakil, jadi mereka menggabungklan acara yang hanya mereka ada wakil jadi tidak adil lah.

"Tetapi jika itu yang dipersetujui, kami ikut sahaja. Kami akan cuba yang terbaik pada 2027 ini." ujar jurulatih berbasikal para kebangsaan, Rizal Tisin.

"Campuran kategori ini memang ada dalam peraturan UCI apabila tidak cukup kategori." jelas jurulatih renang kebangsaan, Azharruddin Hashim kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Must Watch Video