Paralimpian pecut negara, Eddy Bernard, kembali ke gelanggang yang mendewasakan dirinya dalam dunia olahraga iaitu Sukan Para ASEAN di Korat yang bermula 20 Januari ini.
Eddy yang mula melakar namanya di pentas Sukan Para ASEAN sebelum mencipta sensasi meraih pingat gangsa acara 100 meter T44 Sukan Paralimpik.
Advertisement
Eddy kini serius menambah koleksi emas peribadinya selepas menuai lima emas Sukan Para ASEAN bagi acara riben biru serta lompat jauh.
Namun, kecederaan tumit kaki kanannya menjadi kebimbangannya sebelum terbang ke Thailand.
"Ketika memanaskan badan tidak rasa apa-apa, ia akan terjadi ketika aksi sebenar.
"Nak berjalan pun sakit.
"Apa pun terjadi, saya akan lari hingga garisan penamat," katanya.
Eddy bakal melakukan penampilan sulung dalam acara 200 meter dalam temasya dua minggu lagi menjelaskan tiada sasaran spesifik, namun aspirasi menuai emas membara tatkala kontinjen negara mebyasarkan 55 emas.
"Saya cuba atasi rekod peribadi dalam acara kegemaran, 100m, iaitu 11.58s dan lompat jauh, 6.56m," katanya.