Skip to main content

Bola Sepak

Sukan Para ASEAN: Daripada segi persediaan, kami sedia cabar emas -- Sunny Shalesh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sunny

Momen kekalahan 0-4 kepada Thailand dalam aksi final Sukan Para ASEAN 2023 masih segar dalam ingatan.

Perkara itu sekali gus menjadi tonik terbesar skuad bola sepak cacat penglihatan negara untuk bangkit semula dalam edisi kali ini di Nakhon Ratchasima, Thailand dengan misi jelas untuk balas dendam dan merampas pingat emas.

Advertisement

Pertemuan berulang kali bersama dua lagi pasukan yang bertanding iaitu Thailand serta Laos dalam pelbagai kejohanan lain menjadi kelebihan buat skuad negara untuk menganalisis corak permainan yang bakal digunakan lawan.

Namun, ia perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pemain dalam memastikan mereka mampu memberikan aksi terbaik  dan mengubah kekecewaan 2023 kepada kejayaan emas di pentas ASEAN 2025.

"Kami pernah menang gangsa, perak dan emas. Jadi jika diasahkan kembali mungkin dapat meraih emas lagi. Daripada segi persediaan kami bersedia untuk mencabar emas.

"Seperti saya maklumkan kepada Majlis Sukan Negara, langkah pertama adalah beraksi dengan cemerlang terlebih dahulu dan di final berikan yang terbaik.

"Kami tahu lawan siapa, dan bola itu bulat. Perlu bawa apa yang dipelajari dan semangat dari Malaysia dan buktikan." kata Ketua jurulatih bola sepak buta negara, Sunny Shalesh.

Must Watch Video