Skip to main content
Advertisement

Sukan Lain

Sukan komuniti beri tambah nilai akses kesihatan luar bandar

Sarong

Bermula sekadar untuk memberi peluang masyarakat luar bandar di daerah Dungun, Terengganu untuk turut sama merasai pengalaman ‘fun run’ seperti di bandar-bandar besar lain, Dungun Sarong Fun Run yang kini memasuki edisi ke-4 memberi tambah nilai untuk setiap peserta dan masyarakat setempat untuk mendapat akses kesihatan secara percuma dan pelbagai lagi lain-lain perkhidmatan yang turut disediakan.

Khidmat tanggungjawab sosial ini juga secara tidak langsung merapatkan jurang status kesihatan luar bandar yang sering menjadi polemik berikutan penyampai maklumat yang tidak jelas mahupun kemampuan mereka untuk berbuat sedemikian.

Menurut pengarah pertandingan Amran Abdullah menjelaskan idea ini tercetus setelah melihat terdapat penyertaan dari golongan warga emas pada edisi-edisi terdahulu di mana rata-rata maklum balas yang diterima ada di antara mereka tidak pernah mengambil tahu status kesihatan mereka sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan.

“Jika dahulu acara larian ini hanya sekadar untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk turut sama merasai pengalaman ini tanpa perlu ke bandar-bandar besar lain, seterusnya bagi edisi kali ini kami dengan kerjasama sebuah klinik melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan lain-lain perkhidmatan khususnya penyampaian maklumat secara terus bagi setiap mereka yang hadir, “ ujar Amran Abdullah selaku pengarah pertandingan Dungun Sarong Fun Run sejak edisi pertama pada 2024.

Tambahnya lagi, melihat beberapa insiden kesihatan yang tidak diingini berlaku dalam beberapa penganjuran sukan sejak kebelakangan ini, melalui pemeriksaan kesihatan ini juga sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko mahupun status awal kesihatan setiap peserta.

Selain dari pemeriksaan kesihatan, penglibatan beberapa agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS Dungun), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan beberapa entiti perkhidmatan lain turut hadir menawarkan perkhidmatan yang selama ini mungkin menjadi halangan berikutan faktor jarak untuk masyarakat luar bandar.

Turut berlangsung beberapa acara sampingan yang menyasarkan aktivit bersama keluarga seperti pertandingan mewarna, pertandingan pakaian cilik berhias dan cabutan bertuah yang turut menjadi tumpuan.

Rata-rata peserta mahupun pengunjung memberi reaksi positif di atas usaha ini yang dilihat penganjuran ini bukan hanya acara larian semata-mata.

“Faktor jarak dan masa sering kali menjadi halangan untuk kami membuat pemeriksaan kesihatan yang tinggal jauh dari bandar Dungun ini. Saya berharap penganjuran ini diteruskan pada tahun tahun seterusnya, bukan hanya untuk saya malah buat mereka semua yang turut hadir dengan keluarga masing-masing,” berkata Zamri Ghani yang hadir sejauh hampir 80km dari Bukit Besi, Dungun.

Dungun Sarong Fun Run edisi kali ke-4 yang telah melabuhkan tirai pada Sabtu lalu juga turut menerima jumlah penyertaan terbesar sejak dipertandingkan iaitu seramai 1200 peserta untuk jarak larian sejauh 5km yang bermula di Taman Tasik Sura, Dungun.

 

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video