Ketika sedang bersiar-siar di perkarangan Istana Nagoya sambil mengemas kini perkembangan semasa persiapan beberapa atlet yang akan beraksi hari ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, terpaksa berdepan situasi luar jangka!
Zulhelmi cuba mendapatkan reaksi pengunjung secara langsung menerusi What's Up Jepun pagi tadi, namun terkedu apabila pelancong tersebut berkata berasal dari Israel.
Bagaimanapun, sebaik mengetahui dia berasal dari Israel, nada dan riak wajah Zulhelmi bersama jurukamera, Mohd Irsyahdi Tumian, berubah namun tetap profesional.
Zul kemudiannya tidak meneruskan temu bual selepas mengetahui pengunjung itu dari Israel.
Kru Nadi Arena akan terus menyampaikan liputan komprehensif dan eksklusif dari bumi Aichi dan Nagoya bagi perkembangan terkini atlet negara dalam Sukan Asia ketika ini.