Juara bertahan Liga A1 Semi-Pro, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, mengalami kekalahan kedua berturut-turut dengan kali ini tewas kepada Imigresen II di Stadium Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya semalam.
Pelapis Harimau Selatan itu turut kalah di tangan Universiti Malaya (UM)-Damansara di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin dua minggu lalu.
Celso Bermejo terlebih dahulu meletakkan pelawat di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-28 sebelum tuan rumah bangkit melalui sentuhan bekas pemain Liga Super, Jacque Faye, dengan dua gol sebelum tamat separuh masa pertama, sekali gus mengekalkan kedudukan 1-2 untuk Imigresen II memperoleh kemenangan kedua.
Kini JDT II menghuni tangga keempat carta sementara Imigresen II satu anak tangga di atas.