Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Skuad takraw ke separuh akhir, misi emas selepas 36 tahun diteruskan

Takraw Malaysia buru emas

Skuad sepak takraw negara melangkah ke separuh akhir acara regu berpasukan selepas muncul juara Kumpulan B, menewaskan India 3-0 pada perlawanan pelengkap kumpulan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya City Mizuho Arena, di sini hari ini.

Malaysia bakal berdepan naib juara Kumpulan A, sama ada Korea Selatan atau Indonesia, pada aksi separuh akhir dijadualkan pada Khamis ini.

Gandingan Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi dipaksa bekerja keras sebelum memperoleh mata pertama menewaskan trio India, Malemnganba Singh Sorokhaibam, Arun dan Akash Yumnam 15-13, 11-15, 15-6.

Regu utama negara yang menampilkan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam memastikan mata kedua buat Malaysia selepas menundukkan lawan mereka 15-9, 15-12.

Regu ketiga dibarisi Muhammad Zarif Marican, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Hafizul Hayazi Adnan melengkapkan kemenangan negara dengan menundukkan trio terakhir India 15-11, 15-5.

Malaysia membukan kempen di Sukan Asia dengan momentum kemenangan, menundukkan tuan rumah 3-0 sebelum menewaskan Filipina 3-0.

Malaysia kini dalam landasan yang tepat untuk memburu emas pertama acara regu berpasukan selepas kali terakhir menaiki podium tertinggi pada Sukan Asia Beijing 1990, iaitu 36 tahun lepas.

Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, berkata barisan pemainnya perlu memperkemas beberapa aspek permainan menjelang aksi separuh akhir.

“Secara keseluruhan kita berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain kita. Cuma ada elemen-elemen yang perlu kita tekankan untuk kita bawa ke peringkat separuh akhir supaya tidak leka ataupun cepat hilang tumpuan pada perlawanan penting di peringkat separuh akhir ini.

“Mungkin dari segi tumpuan, variasi pukulan kita, first ball kita agak “kendur” pada set kedua regu utama. Itu antara yang kita nampak,” katanya.-Awani

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement