Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Setiap perlawanan ibarat final -- jurulatih takraw

aaaa

'Tiada istilah laluan mudah.'

Itu reaksi penolong jurulatih skuad sepak takraw negara, Zulkarnain Arif, mengenai keputusan undian Sukan Asia Aichi-Nagoya semalam.

Tegasnya, Malaysia tidak boleh memandang rendah keupayaan pencabar sama ada dalam acara regu mahu pun regu berpasukan meskipun diletakkan selaku pilihan.

Bekas ketua jurulatih Putrajaya Cyborg itu percaya pasukannya mampu meneruskan momentum positif Sukan SEA 2025 dan Piala Dunia ISTAF 2026 di Jepun, sekali gus memastikan Malaysia kekal sebagai kuasa besar sukan tradisi itu.

"Kami anggap setiap pasukan adalah pencabar.

"Kami dalam usaha memperkemaskan pasukan sendiri dalam usaha memberikan yang terbaik.

"Vietnam mengalahkan Thailand dalam Sukan SEA. Regu Vietnam mantap dan keserasian selain Myanmar mempunyai semangat juang tinggi.

"Jadi kami menganggap setiap aksi adalah perlawanan akhir," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video