Ketua Jurulatih Kelantan Red Warrior, Irfan Bakti, berkongsikan pihak pengurusan telah berusaha melakukan pelbagai perkara bagi menyelesaikan isu membabitkan sekatan perpindahan pemain dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, berkongsikan: "Ini sepatutnya bukan masalah kami.
"Reaksi Ketua Jurulatih Kelantan Red Warrior, Irfan Bakti, susulan tewas ke atas KL City dalam saingan Liga Super." kongsinya.
Skuad kendalian Irfan Bakti terpaksa akur tewas 1-3 kepada Kuala Lumpur City dalam saingan minggu ketiga, Liga Super 2026/27 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.
‘Ini sepatutnya bukan masalah kami’
Reaksi Ketua Jurulatih Kelantan Red Warrior, Irfan Bakti, susulan tewas ke atas KL City dalam saingan Liga Super
More on @ASTROARENA pic.twitter.com/AwynT2RcYs— Kamal Nizam (@kamalnizamm) September 5, 2026
"Memang pihak pengurusan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini.
"Kerana masalah ini bukan masalah KRW, bukan masalah pihak pengurusan tiada wang, ini masalah yang tidak sepatutnya kami tanggung.
"Saya pun tak faham FIFA ini, yang menanggungnya kami sekarang ini." katanya.
Nantikan laporan penuh di Nadi Weekend malam ini.