Pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) negara, muncul juara saingan Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 dan Arab Saudi 2-1 di Aichi Sky Expo Esport Competition Room M3, sebentar tadi.
Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, di lokasi berkongsikan: "Skuad eSukan negara (MLBB juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 dan Arab Saudi 2-1".
Skuad eSukan negara (MLBB juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 & Arab Saudi 2-1.
‘Kilauan’ pingat semakin cerah & harapnya duduk di kedudukan tengah podium.
Let’s go for Gold 🥇🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/61hlVPqarw— karlnunis (@_karlnunis) September 29, 2026
"Kilauan’ pingat semakin cerah & harapnya duduk di kedudukan tengah podium." kongsinya.
Skuad negara dibarisi Muhammad Qayyum Ariffin (Yums), Mohamad Haqqullah (Sekyss), Muhammad Danial Fuad (Cikugais), Hazziq Danish Rizwan (Stormie), Danish Fitri Razman (Unii) dan Razif Sazali (Sizkaa).