Skip to main content

Bola Sepak

Kawalan emosi elak jejas prestasi di atas padang -- pemangku jurulatih Harimau Malaya

ll
Advertisement

Pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menganggap pasukannya meraih pengalaman serta pengajaran berguna selepas tewas 0-2 kepada China dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 malam tadi.

Pengendali berusia 58 tahun itu menggesa barisan pemainnya untuk lebih tenang mengawal emosi terutamanya ketika hadapi perlawanan berintensiti tinggi.

Advertisement

Kekalahan di Guangdong itu menyaksikan Malaysia terus gagal menamatkan kemarau kemenangan selama 46 tahun ke atas China selepas kali terakhir Harimau Malaya menewaskan skuad Naga tersebut ialah dalam pertemuan 1980.

"Perlawanan menjadi tegang memandangkan kedua-dua pasukan mahukan jaringan.

Advertisement

"Saya sudah beberapa kali berpesan kepada pemain agar mengawal emosi agar tidak menjejaskan mutu permainan.

"Saya harap perlawanan ini melonjakkan keyakinan pemain dan memberi mereka pengajaran.

"Kami terlalu menghormati China dalam babak pertama dan bermain lebih baik dalam separuh masa kedua.

"Ini sebahagian daripada bola sepa dan kami perlu menilai semula diri sendiri dan permainan, selain menggunakan keupayaan yang ada," katanya.

Seterusnya, Malaysia akan berdepan pasukan di ranking ke-147 dunia, Yaman, di venue sama Selasa ini. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video