Atlet bola keranjang Korea Selatan kesal dengan penginapan yang disediakan tuan rumah, Jepun, sempena Sukan Asia Aichi-Nagoya.
Jepun memperkenalkan hotel, kabin kayu dan kapal persiaran sebagai sebahagian daripada penginapan di dua venue kejohanan bagi menyambut 15,000 -- meningkat kepada 17,000 -- kontinjen daripada 45 negara.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Keranjang Korea Selatan (KBA), Jung Jae-yong, turut kesal rungutan mereka tidak mendapat sebarang respons daripada penganjur.
“Berdasarkan pengalaman saya, keadaan kali ini adalah yang paling teruk,” katanya.
“Atlet yang ketinggiannya melebihi dua meter tidak dapat meluruskan kaki di atas katil. Ia sesuatu yang tidak munasabah," katanya.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pula mengambil langkah proaktif apabila untuk menempah 16 penginapan di hotel dua berbeza bagi mengelak sebarang masalah sekiranya mengenai status semasa penginapan tersebut.