Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Kecewa! Pembawa bendera negara India bertukar saat akhir petang ini

GAMES-ASIA-INDIA-FLAGBEARER:Games-Kit blunder forces India to change Asian Games flagbearer

India telah menukar pembawa bendera lelaki bagi upacara pembukaan Sukan Asia di Nagoya, Jepun petang ini, kerana pilihan asal, Tajinderpal Singh Toor, tidak menerima pakaian rasmi upacara tersebut dan tidak dapat menghadiri acara itu, menurut laporan media.

Toor, yang menyasarkan pingat emas Sukan Asia ketiga berturut-turut dalam acara lontar peluru, akan digantikan oleh pemain kabaddi, Pawan Sehrawat, sebagai pembawa bendera lelaki. Atlet menembak, Manu Bhaker, yang memenangi dua pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Paris, merupakan pembawa bendera wanita.

"Saya dimaklumkan bahawa pakaian saya akan tiba di lapangan terbang pada jam 3 petang. 

"Amat sukar untuk sampai ke lokasi upacara pembukaan tepat pada masanya selepas mengambil pakaian itu dari lapangan terbang. 

"Jadi, saya telah memaklumkan kepada Persatuan Olimpik India (IOA) bahawa saya tidak akan hadir ke upacara pembukaan," katanya.

IOA dalam satu kenyataan mengatakan atlet berusia 31 tahun itu tidak dapat menjadi pembawa bendera India "disebabkan oleh masalah teknikal".

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement