Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia 2026: Azeem sasar tukar warna pingat

Sukan Asia 2026: Azeem sasar tukar warna pingat

Pelari pecut sensasi negara, Muhd Azeem Fahmi, memasang impian untuk memperbaiki pencapaian pingat gangsa yang diraihnya pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Azeem menyedari saingan acara 100 meter di benua Asia semakin sengit, namun melihat perkembangan itu dari sudut positif sebagai persaingan sihat untuk membantunya merealisasikan impian mencatat masa di bawah 10 saat.

Konsistensi rakan sepasukan, Danish Iftikhar Roslee, yang turut merekodkan masa sekitar 10.36 saat, menjadi antara cabaran yang perlu diberi perhatian dalam usaha membentuk barisan terbaik negara.

Bagi Azeem, catatan musim terbaiknya setakat ini, 10.10 saat, masih berada dalam julat kompetitif di peringkat Asia.

Dia percaya segala kemungkinan boleh berlaku sekiranya berada pada prestasi terbaik ketika tiba masa pertandingan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Olahraga Negara, Manshahar Abd Jalil, menjelaskan Grand Prix Oman akan menjadi pentas terakhir bagi menentukan barisan pelari yang akan membawa cabaran Malaysia di Sukan Asia.

Strategi berbeza turut dirangka untuk acara riben biru itu apabila pelari muda yang sedang meningkat naik, Muhammad Umaira Subri, digandingkan bersama Azeem dalam usaha membentuk kombinasi terbaik.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement