Selepas meraih emas dalam acara 4x100m (meter) bersama Haziq Akhir, pemenang emas 400m lelaki, Ahmad Amir Aiman, mengatasi kesulitan di 10m terakhir acara 400m lelaki, Grand Final Varsity Track & Field (VTF) 2026 dengan memastikan emas menjadi miliknya menerusi catatan 48.07s (saat).
Yusry Mohammad Saifullah dari Kolej Komuniti Malaysia mengekorinya di kedudukan kedua dengan catatan 48.53s, manakala gangsa menjadi milik Muhammad Khalil Helmi dari Universiti Malaysia Sabah.
"Kali terakhir saya berlari dalam acara 400m dalam VTF edisi satu di Penang, ini kali kedua tahun ini.
"Persiapan saya fokus 100m, tetapi selepas SUKIPT saya tukar program fokus 400M. Dengan catatan masa ini saya berpuas hati, menghampiri catatan masa terbaik saya.