Skip to main content

Sukan Asia

The Speedy Tigers tundukkan musuh tradisi sejak 1986, cerahkan impian emas

lll
Advertisement

 Aspirasi skuad hoki lelaki negara untuk menempah slot final Sukan Asia buat kali ketiga dalam sejarah makin cerah selepas mengekalkan permulaan sempurna kempen Aichi-Nagoya dengan lakar kebangkitan menundukkan musuh tradisi, Pakistan 5-4.

Kemenangan keempat berturut-turut dalam Kumpulan B itu hari ini mengesahkan kemaraan The Speedy Tigers ke separuh akhir dan menewaskan seteru tersebut buat julung kalinya di pentas Sukan Asia sejak 1986.

Advertisement

Namun, di sebalik kemenangan dramatik itu, Pakistan menyerlahkan kelompongan pertahanan ketika gerakan pukulan sudut penalti dengan Sufyan Khan meledak kesemua empat gol buat Pakistan.

Sementara itu, dua jaringan sumbangan Shello Silverius, masing-masing satu gol oleh Fitri Saari, Faizal Saari sebelum penyudah Azrai Aizad Abu Kamal menjelma tiga minit sebelum wisel penamat.

Advertisement

"Sudah tentu kami kecewa kerana kami telah berusaha untuk memperbaikinya.

"Jelas sekali ada aspek yang perklu ditingkatkan.

 

 

 

"Apa pun, saya bangga kerana barisan saya mampu bangkit, mereka telah berusaha keras selain sudah tiga bulan berjauhan dengan keluarga," kata ketua jurulatih lelaki negara, Brendon Carolan.

Malaysia akan berdepan China dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Gifu Prefectural Green pada Isnin ini.  

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement