Skip to main content

Sukan Asia

The Speedy Tigers tak rela kempunan lagi tiket Sukan Olimpik -- Marhan

xxx

Sukan asia 2026 merupakan detik penentu aspirasi The SpTedy tigers untuk mengakhiri kemarau penampilan Sukan Olimpik sejak edisi 2000 di Sydney, Australia.

Majoriti pemain skuad hoki negara ketika ini merupakan pemain remaja dari skuad 2012 yang menjuarai Piala Asia, serta campuran pemain muda dari era berbeza seperti Azrai Aizad Abu Kamal, Shello Silverius, Amirul Hamizan Azhar serta Norsyafiq Sumantri.

Secara realistiknya, ini merupakan percubaan terakhir buat kelompok besar pemain hoki negara ke Sukan Olimpik menerusi slot juara Sukan Asia yang menjadi milik India di Hangzhou bagi edisi lalu.

Selain emas Sukan Asia 2026, barisan kendalian Brendon Carolan itu memiliki peluang kedua menerusi pusingan kelayakan.

Berdasarkan status pasukan yang menghuni ranking ke-15 dunia, pingat emas Sukan Asia merupakan peluang terbaik ke Los Angeles memandangkan saingan kelayakan turut menampilkan negara handalan dari benua Eropah.

"Setelah di bawah bimbingan enam jurulatih, saya masih belum berjaya mencapai matlamat emas Sukan Asia.

"Kejayaan paling hampir kami adalah edisi 2010 dan 2018 yang menyaksikan kami menang perak di bawah Stephen van Huizen.

"Matlamat kami tetap sama, kami mahukan emas dan kami perlu teruskan usaha agar semuanya berjalan lancar untuk dapatkan keputusan terbaik di sini.

"Semua kejohanan besar termasuk Piala Dunia telah saya sertai tapi satu-satunya kejohanan yang belum pernah saya sertai adalah Sukan Olimpik.

"Saya harap kami dapat laksanakannya kali ini," katanya.

Skuad negara memulakan kempen Sukan Asia dengan kemenangan besar ke atas Yzbekistan dan dijadual bertemu Oman esok. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement