Skip to main content

Hoki

Skuad hoki B-18 negara bakal berkampung seminggu di Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mirnawan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, berkata pasukan B-18 lelaki dan wanita negara akan diberikan Program Pendedahan Luar Negara di erth, Australia daripada 12 hingga 18 Disember ini.

Objektif utama program itu adalah sebagai persediaan jangka panjang mencari kelompok pemain berkualiti bagi pasukan remaja B-21 tahun negara menjelang saingan Piala Dunia Remaja 2027.

Advertisement

Pemain terdiri daripada skuad sama pada Kejohanan Piala Mirnawan 2025 akan menjalani empat perlawanan dan satu sesi latihan bagi setiap pasukan.

Antara lawan mereka di Perth adalah pasukan yang menjalinkan kerjasama dengan KHM iaitu Western Australia dan Northern Territory.

"Kami telah pun mengenalpasti dua pasukan remaja B-18 lelaki dan wanita, ini adalah program proses pendedahan yang akan diberikan oleh MSN dan KHM untuk memberikan pendedahan luar negara kepada mereka," katanya.

 

 

 

Dalam pada itu, Subahan turut menyifatkan 'taktikal tidak menjadi' merupakan antara faktor skuad hoki 5s (sepasukan) wanita negara gagal meraih pingat emas pada Sukan SEA Thailand.

Namun persoalan timbul mengapa skuad negara berjaya menewaskan tuan rumah 7-2 pada pusingan round robin.

Begitupun, dia berpuas hati kerana sasaran pingat perak menerusi hoki 5s wanita tercapai.

Dia berhasrat untuk memberikan pendedahan lebih banyak kepada pemain wanita beraksi di luar negara untuk memastikan mereka konsisten dalam setiap perlawanan.

"Kita hanya meramalkan mereka akan tewas kepada Thailand kerana ranking mereka lebih baik, Thailand gunakan wang dana mereka untuk pertingkat hoki 5s dan tertutup kerana mereka tahu mereka tidak boleh bersaing dengan kita dalam hoki padang.

"Mereka sudah jelajah satu dunia, kita hanya beberapa bulan dengan kekangan kewangan. Saya juga difahamkan beberapa taktikal tidak menjadi." tambahnya.

 

Must Watch Video