Skuad badminton berpasukan lelaki langkah kanan selepas menumbangkan Mongolia 3-0 dalam pusingan 16, sebentar tadi.
Pemain perseorangan pertama negara, Leong Jun Hao, menyumbang mata pertama selepas mengatasi Batdavaa Munkhbat dalam straight games 21-13, 21-12.
Aksi bermula dengan seimbang tetapi Jun Hao berjaya mengawal rentak permainan untuk memastikan kemenangan pertama buat skuad negara.
Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, kemudian menambah mata kedua dengan menampilkan aksi dominan untuk kemenangan mudah 21-5, 21-5, sekali gus meletakkan Malaysia di hadapan 2-0.
Memasuki aksi ketiga, Justin Hoh menyempurnakan kemenangan mutlak skuad negara selepas menamatkan cabaran wakil perseorangan lelaki kedua Mongolia.
Justin tidak berdepan masalah untuk menamatkan aksi dengan keputusan 21-7, 21-5 dan memastikan Malaysia melangkah ke suku akhir yang dijadualkan bakal berrdepan pasukan Indonesia.