Jika dahulu agak mustahil untuk pemain bola sepak negara seimbangkan antara sukan dan pelajaran.
Ia menyaksikan ramai bekas pemain bola sepak akhiri karier tanpa sebarang kelayakan akademik.
Advertisement
Kini usaha bersama diwujudkan antara Yayasan Lagenda dan Spectrum International University College (SIUC) kepada bekas-bekas pemain ini mendapat peluang lanjutkan pelajaran berasaskan sistem 'accreditation of prior experiential learning' (Apel) menerusi pengalaman mereka dalam dunia bola sepak.
Sementara itu, Pengerusi dan Penasihat SIUC, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohamed Salleh Yassin, juga menyifatkan ini merupakan langkah awal untuk bawa peluang pendidikan seperti ini lebih jauh lagi.
"Kenapa kami tidak adakan kerjasama, cuba beri laluan untuk pemain perbaiki diri sendiri.
"(Tuntutan) pendidikan adalah sampai ke liang lahad, setiap hari kita harus belajar.
"Mereka juga ingin buktikan mampu mendapat kelayakan," katanya.
Dengan nama seperti Datuk Dollah Salleh, Azlan Johar dan P. Maniam yang memang sudah tidak asing dalam dunia bola sepak, ia adalah usaha untuk juga memberi inspirasi kepada bekas pemain yang sudah lanjut usia untuk meneruskan pelajaran.
"Malah ia boleh membabitkan anak-anak legenda dan saudara mara mereka.
"Jika seseorang itu diberikan peluang, Insya-Allah mereka akan berjaya," katanya.
