Ketua jurulatih Southampton, Tonda Eckert, telah didakwa oleh Persatuan Bolasepak England atas pelanggaran serius mencabul hak pasukan lawan sehingga isingkirkan daripada perlawanan akhir playoff Kejuaraan Liga Bolasepak Inggeris (EFL) Mei lalu.
Ia, sekali gus menyaksikan pengelola melucutkan Southampton daripada beraksi dalam final playoff itu dan digantikan dengan Middlesbrough yang menentang Hull City.
Mereka juga dikenakan penolakan empat mata bermula musim depan dalam saingan divisyen kedua England itu.
Eckert merupakan dalang utama dalam usaha memasang pengintip untuk memerhatikan sesi latihan Oxford United, Ipswich Town dan Middlesbrough musim lalu.
Susulan siasatan yang berjalan, badan induk itu telah mendakwa Eckert dengan salah laku atas pelanggaran Peraturan E3.1.
BREAKING: The FA has charged Southampton head coach Tonda Eckert with misconduct and potentially bringing the game into disrepute.
He is charged with three breaches of FA Rule E3.1 in relation to misconduct between December 2025 and May 2026 🚨 pic.twitter.com/Sb4qpTeUbH— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 22, 2026
Dia mempunyai masa sehingga 28 Julai untuk memberi maklum balas, kata FA dalam satu kenyataan semalam.
"Tonda dan kelab akan terus bekerjasama sepenuhnya secara terbuka," kata Southampton dalam satu kenyataan yang mengakui pertuduhan itu.
Middlesbrough, yang tewas kepada Southampton dalam separuh akhir playoff, menggantikan Southampton dalam perlawanan akhir, di mana Hull City akhirnya memenangi kejuaraan untuk layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL).