Skip to main content

Bola Sepak

Rasmi Piala Dunia 2026: Ini kesebelasan utama terbaik impian pilihan ramai

XI

Inilah senarai kesebelasan utama terbaik impian pilihan peminat sepanjang kejohanan itu berlangsung sejak hari pertama.

Penjaga gol veteran Cape Verde, Josimar Jose Evora Dias, atau dikenali Vozinha, mendahului senarai undian dengan 39.6 peratus mengetepikan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, yang memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas selepas menampilkan persembahan memukau mewakili negaranya, meskipun tidak berjaya mara lebih jauh.

Namun, ketangkasannya mendapat perhatian seantero dunia, termasuk kisah manis bersama ibu tercinta pada mulanya tidak dapat hadir yang akhirnya mendapat bantuan untuk melihat anaknya beraksi dalam pertandingan tertinggi itu.

Nama Pedro Porro, Lisandro Martinez, Dayot Upamecano dan Marc Cucurella menghiasi undian tertinggi pertahanan edisi ke-23 itu, sekali gus membuatkan nama Pemain Muda Terbaik, Pau Cubarsi, hilang dari radar.

Dua gol berkualiti oleh bintang Manchester City, Erling Haaland, menewaskan Brazil untuk layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah Norway meletakkanya selaku penyerang pilihan ramai.

Lionel Messi tetap menjadi idola sukan popular itu tatkala disenarai selaku pemain tumpuan meskipun gagal membantu Argentina mempertahankan kejuaraan.

Malah, Pemain Terbaik Kejohanan, Rodri, turut diletakkan dalam senarai utama.

Senarai penuh keluaran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).  

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video