'Velada del Ano VII: Paredes vs Gavi.'
Kemeriahan perarakan kemenangan Sepanyol selepas menjuarai Piala Dunia buat kali kedua mendapat sambutan gemilang sehingga menghimpunkan ratusan ribu peminat di Madrid.
Bintang La Roja, Lamine Yamal, tidak terlepas untuk menyindir pemain Argentina, Leandro Paredes, yang mencetuskan pergaduhan sewaktu tamat perlawanan akhir Piala Dunia 2026 Isnin lalu.
Paredes kelihatan tidak berpuas hati dengan pertahanan, Eric Garcia, sebelum menolak Gavi jatuh dalam satu insiden panas sebelum kedua-dua wakil pasukan berbalas tolakan dan terpaksa dipisahkan secara fizikal, dengan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, cuba menenangkan para pemainnya.
Lamine Yamal celebrating the World Cup win with his infamous dance 🕺🇪🇸 pic.twitter.com/yQJ7GQW7Og
— CentreGoals. (@centregoals) July 21, 2026
Cara terbaik untuk 'membalas' tindakan tersebut dengan provokasi secara halus oleh tonggak Barcelona itu.
Pemain berusia 19 tahun itu mengangkat kotak papan tanda memerli Paredes di atas bas.
Ia bermaksud acara tinju merujuk kelakuan Paredes yang mengundang kecaman ramai.