Skip to main content

Berita Sukan Am

Shekhinah PR, Agensi Perhubungan Awam Sukan Malaysia, Terima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa

Shekhinah PR, Agensi Perhubungan Awam Sukan Malaysia, Terima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa
Advertisement

ShekhinahPR, agensi perhubungan awam sukan dan komunikasi strategik yang berpangkalan di Malaysia, menerima International Business Excellence Award pada 2026 International CEO & Business Leaders Forum sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada industri perhubungan awam, komunikasi strategik dan media.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh YABhg. Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi, Penaung Pengasas World Business Chamber (WBC) dan bekas Ketua Hakim Negara, dalam majlis yang berlangsung di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Advertisement

Pengiktirafan tersebut dianjurkan dengan kerjasama WBC, ASEAN Economic Club (AEC) dan KSI Strategic Institute for Asia Pacific, serta turut mengambil kira kepimpinan dan visi keusahawanan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Dato' Christopher Raj Aralanthu.

Sejak ditubuhkan pada 2011, ShekhinahPR telah mengendalikan pelbagai projek dalam bidang perhubungan awam sukan, penjenamaan korporat, hubungan media dan komunikasi bersepadu.

Advertisement

Antara projek yang pernah dikendalikan termasuk Maybank Challenge Cup 2025 yang menampilkan Manchester United menentang ASEAN All-Stars, penjenamaan semula KPRJ sempena ulang tahun ke-30 serta perlawanan Chelsea vs JDT FC.

Agensi itu turut menerima beberapa pengiktirafan di peringkat nasional dan serantau, antaranya Malaysia Public Relations Awards (MPRA) 2025, Marketing Excellence Awards Malaysia 2025 dan PR Awards Southeast Asia 2024.

Di peringkat antarabangsa, ShekhinahPR turut menjalin kerjasama strategik dengan Integrated Dreams, sebuah organisasi yang berpangkalan di Portugal.

Kerjasama yang dimeterai sempena World Football Summit Madrid 2026 pada September lalu itu memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak inklusif, kepimpinan dan pendidikan, termasuk memperluas peluang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk terlibat dalam ekosistem sukan.

Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Dato' Christopher Raj Aralanthu berkata anugerah berkenaan merupakan satu pencapaian bermakna yang turut dikongsi bersama seluruh pasukan serta klien, rakan strategik dan pengamal media yang telah menyokong perjalanan agensi sejak penubuhannya.

"Kami percaya komunikasi yang berkesan, hubungan kerjasama yang kukuh dan komitmen dalam setiap tugasan merupakan asas kepada perkembangan sesebuah organisasi. Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan semua pihak yang terus menjadi sebahagian daripada perjalanan ShekhinahPR.”

ShekhinahPR akan terus memperkukuh keupayaannya dan memperluas kerjasama di peringkat serantau bagi menyumbang kepada perkembangan industri perhubungan awam dan komunikasi strategik. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video